Mengenai Kami

Manisa Catering telah ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Allahyarham Haji A.Ghani bin Harun. Idea penubuhan syarikat katering bermula setelah beliau berjaya dengan perniagaan Liza Restoran semenjak 1979. Berbekalkan pengalaman penyediaan makanan, Allahyarham Haji A.Ghani juga telah mengikuti kursus intensif penyediaan makanan yang dianjurkan oleh hotel-hotel terkemuka pada ketika itu.

Mulai 1998, pengurusan Manisa Catering telah diuruskan oleh Maliza A.Ghani setelah pemergian Allahyarham Haji A.Ghani. Kelengkapan peralatan penyajian makanan telah di tambah mengikut trend masa kini dan pelbagai perubahan telah dibuat terutama dari segi persembahan dan menu bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Petugas Manisa Katering terdiri dari mereka yang telah berpengalaman & terlatih, malah ada diantara pekerja kami telah berkhidmat semenjak Manisa Katering ditubuhkan (1987).

Manisa Katering beroperasi 7 hari seminggu sepanjang tahun ( hanya ditutup seminggu sebelum & seminggu selepas Hariraya Aidilfitri) dan lokasinya di Subang Jaya memudahkan pergerakan penghantaran makanan di sekitar Petaling Jaya, Shah Alam, Kelang, Sepang & Kuala Lumpur.

Manisa Katering adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf BUMIPUTRA. Antara pelanggan tetap kami ialah MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM, MALAYSIA AIRPORT BERHAD, TELEKOM MALAYSIA, SIME UEP, JABATAN/KEMENTERIAN KERAJAAN DI PUTRAJAYA DAN LAIN-LAIN.